tips : kenal pasti orang berbohong melalui matanya !

01:14


anda pasti pernah merasa kurang yakin dengan jawapan rakan-2 atau teman anda yang seolah olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada anda .ini berikutan anda ditipu dan diberitahu perkara yang tidak benar. awas! anda perlu berhati-2 dengan rakan yang suka menipu dan tidak bercakap benar. Bagaimana? lihat dan amati sahaja pada matanya. ia menerangkan segalanya kepada anda walaupun mulutnya berbicara apa yang sebaliknya.

Mata :
- selepas anda menanyakan soalan kemudian rakan anda menjawab, sekiranya bola mata rakan anda itu bergerak ke arah kiri, kemungkinan jawapannya itu jujur. Sedangkan apabila bola mata rakan anda itu bergerak ke arah kanan, kmungkinan rakan anda itu sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar atau berbohong. Ia kerana, bahagian otak kiri berfungsi sebagai auditory memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. Maka apabila bola matanya ke kiri , bermakna dia sedang berusaha untuk mengingat.Namun sebaliknya berlaku jika bola matanya ke arah kanan yang memberi maksud dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. Hal ini kerana, bahagian kreativitinya sedang berkerja untuk mengarang alasan ataupun suatu cerita bohong.

Nada suara  :
- Nada suara juga mampu memberikan tanda rakan anda itu sedang mencari helah apabila nafas suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi sekejap rendah. malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian dahi dan bibir.

tubuh :
- Cara selain melihat matanya, anda juga boleh melihat sekiranya rakan anada itu kelihatan berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut tidaklah panas. mafasnya juga kelihatan seperti berat dan kelihatan sedikit gelabah.

tangan :
- Tangan pulak kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu, menggosok-2 tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. Tanpa disedari, rakan anda yang berbohong itu akan meletakkan benda seperti cawan atau gelas, kertas,pen atau pape benda sebagai pembatas. Lebih ketara apabila dia cuba mengubah topik perbualan. jika eksperisinya kelihatan tenang dan lega, beerti dia sedang berbohong. tetapi, jika ia kembali semula ke topik asal, bermakna dia sedang berkata jujur.

You Might Also Like

2 coklat cadburry

Popular Posts

Like us on Facebook

hey bonjour ! give me you some notice when you come here :)

Flickr Images